Selamat datang ke blog cikgu. Seronoknya Mickey dan
kawan-kawannya bermain alat-alat muzik. Sila menonton klip video
ini. Senaraikan nama alat-alat muzik yang terdapat di dalam klip
video ini? Selamat Bercuba!
TAN AI POH D20111049393 PPGPJJ Ambilan khas Sept2011 UPSI *KRT3013*
Friday, 30 March 2012
Tuesday, 13 March 2012
Apa Itu Muzik?
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang
sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan
kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan
ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik,
memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.
Penglibatan secara aktif dalam
aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor murid, di
samping memupuk nilai
sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat
pengetahuan dan kefahaman
konsep muzik yang asas.
Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik
dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik
malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.
Dari aspek sosialisasi,
aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan
memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan
nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat
Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan
pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen
jati diri dan patriotisme pada diri murid.
Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR pelaksanaannya
harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran seperti teori Pelbagai
Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Masteri, teknik Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar.
Link
Sila tekan ini. (Link Scribd)
Ini link yang berkenaan dengan pelajaran muzik yang akan diajarkan di sekolah.
Ini link yang berkenaan dengan pelajaran muzik yang akan diajarkan di sekolah.
Sukatan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik
Sila klik link diatas untuk maklumat selanjutnya.
Ini merupakan sukatan pelajaran Pen.Muzik oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)
Sila klik link diatas untuk maklumat selanjutnya.
Ini merupakan sukatan pelajaran Pen.Muzik oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)
PERSEPSI ESTETIK
Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik
Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsur unsur asas dalam muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan, menyanyi , memainkan alat muzik, membaca dan menulis .
1.1 Irama
1.1.1 Detik, Tekanan dan Meter
Detik
Pembahagian meter: 2 3 4 6
4 4 4 8
Tekanan: tekanan detik dalam meter 2 3 4 6
4 4 4 8
1.1.2 Tempo
Pelbagai tempo : lambat; cepat; sederhana.
1.1.3 Nilai not dan nilai tanda rehat
Nilai not : semibrif; minim bertitik; minim; krocet;
kuaver; semi kuaver
Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver.
1 : Unsur muzik, istilah, konvensi notasi muzik5
1.1.4 Corak irama
Corak irama pada rentak: mac; waltz; masri; zapin;
inang; joget; sumazau.
Corak irama pada ostinato: ostinato irama.
1.2 Melodi
1.2.1 Pic
Aras pic: pic tinggi; pic rendah.
Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar;
bertangga; melompat.
Solfa: do re mi fah soh lah ti do’ re’.
1.2.2 Skel
Skel diatonik: major; minor harmonik.
1.2.3 Warna ton
Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik;
perkusi badan; bahan improvisasi
2
; bunyi alam sekitar.
1.2.4 Harmoni
Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato
melodi.
2 : Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk menghasilkan bunyi
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr
1.2.5 Tekstur
Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan:
tebal; nipis.
Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron.
1.2.6 Bentuk
Pembinaan bentuk : frasa.
Jenis bentuk muzik: AB; ABA.
1.3 Ekspresi
1.3.1 Dinamik
Aras dinamik: lembut; kuat.
Perubahan dinamik: beransur lembut; beransur kuat.
1.3.2 Mud
Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat;
cemas; takut; tenang.
1.4 Sistem notasi
1.4.1 Lambang not muzik dan tanda rehat
Not muzik:
Tanda rehat:
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr
Subscribe to:
Posts (Atom)