Welcome

Tuesday, 13 March 2012

Apa Itu Muzik?

       Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

          Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di
samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat 
pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas.

          Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.
     
            Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.

        Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,  strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Masteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar.

5 comments: